Tarikan Heilongjiang Berkaitan Kedinginan

2017-05-16 16:44:46  CRI
Share with:

Provinsi Heilongjiang terletak di bahagian timur laut China. Oleh sebab provinsi ini terletak di kawasan utara yang latitud tinggi, cuaca di sini amat dingin pada musim sejuk, dan suhu udara pada waktu siang di bawah sifar. Penduduk di kawasan ini mempunyai amalan hidup yang agak istimewa, khususnya berkaitan dengan musim sejuk.

Terdapat satu gejala yang menarik di Heilongjiang. Oleh sebab mereka sudah biasa dengan cuaca yang amat dingin, sesetengah orang selalu keluar tanpa memakai topi yang tebal dalam cuaca yang dingin. Namun, suhu udara dalam bangunan dikekalkan lebih daripada 20 darjah Celsius. Yang cukup menakjubkan ialah penduduk tempatan suka makan makanan sejuk seperti aiskrim. Sempena perayaan seperti Tahun Baharu Cina, penduduk tempatan suka melayan tetamu dengan buah beku, seperti buah pear, pisang kaki, epal dan lain-lain.

Tarikan Heilongjiang Berkaitan Kedinginan

Antara amalan yang paling terkenal di Heilongjiang ialah berenang dalam sungai pada musim sejuk. Di bandar Haerbin, banyak peminat sukan ini berenang dalam Sungai Songhua. Permukaan sungai ini telah beku dan lapisan ais setebal lebih kurang satu meter. Peminat renang memecahkan sebahagian lapisan ais itu untuk dijadikan kolam renang. Disebabkan suhu udara pada musim sejuk antara 30 hingga 20 darjah Celsius bawah sifar, lapisan ais setebal 20-30 sentimeter akan muncul semula di "kolam renang" yang dibuat itu setiap hari. Maka peminat renang terpaksa memecahkan lapisan ais itu setiap hari sebelum berenang. Aktiviti berenang pada musim sejuk telah menjadi satu tarikan yang menarik. Peminat sukan tersebut terdiri daripada golongan muda-mudi belasan tahun, hinggalah warga tua yang berumur 70 tahun ke atas. Sekarang, sukan berenang pada musim sejuk menjadi kian popular, malah menarik kedatangan peminat dari luar negara berenang di Heilongjiang pada musim sejuk.

Tarikan Heilongjiang Berkaitan Kedinginan

Ukiran ais juga merupakan salah satu kesenian yang unik di kawasan utara China, khususnya provinsi Heilongjiang. Penduduk tempatan mengambil batu ais dan mengukir airs itu menjadi barang-barang kraf. Selepas itu, penduduk tempatan memasang lampu yang berwarna-warni di dalam ukiran itu. Ada patung ais yang kecil dengan belasan sentimeter padu, terdapat juga patung ais sebesar bangunan. Karnival Salji dan Ais Haerbin antara pesta yang meriah di provinsi ini.

admin