Saksikan Feng Shui di Metropolitan Hong Kong

2017-05-16 16:44:23  CRI
Share with:

Saksikan Feng Shui di Metropolitan Hong Kong

Feng shui yang bermaksud "angin dan air" adalah amalan kuno Cina untuk meletakkan objek dan bangunan agar harmoni dengan alam, bagi membawa nasib yang baik. Sering dirujuk sebagai "geomancy", Feng Shui berasal daripada rasa hormat masyarkat Cina kepada alam sekitar, dan kepercayaan bahawa pengaruh kosmologikal memberi kesan yang amat kuat kepada kehidupan.

Orang ramai di Hong Kong percaya bahawa Feng Shui yang baik boleh membawa kekayaan dan mengelak nasib buruk. Dalam hal ini, pengamal Feng Shui sering menyarankan suatu perubahan sekitar, berhubung dengan warna, pembelian rumah baharu, penempatan perabot, persekitaran kerja, hinggalah kepada projek seni bina dan kejuruteraan besar, bagi memastikan perjalanan qi, iaitu tenaga dalam.

Anda boleh menyaksikan amalan Feng Shui di mana-mana tempat di Hong Kong. Contohnya, di Central, dua patung singa gangsa di hadapan Bangunan Utama HSBC diletakkan bukan untuk hiasan semata-mata. Apabila bangunan itu siap dibina pada tahun 1980an, patung-patung tersebut diletakkan di lokasi sekarang ini, setelah dirujuk dengan konsultan Feng Shui. Disebabkan perniagaan HSBC agak baik, sesetengah penduduk tempatan mengusap kaki dan hidung patung singa itu dengan harapan nasib baik akan turut dialami mereka.

Bandaraya Hong Kong sendiri pun dikatakan mempunyai Feng Shui yang hebat secara semula jadi. Kedudukan geografinya yang berkaitan dengan Tanah Besar China melambangkan lokasi itu adalah sesuatu yang mampu membuahkan hasil. China dikatakan nadi kepada naga yang bergerak masuk ke Hong Kong, manakala bandar itu sentiasa menghadap tanah besar itu. Gunung-ganang di Kowloon seperti tunduk kepada Pulau Hong Kong, yang bermakna Kowloon memohon perlindungan daripada Pulau Hong Kong. Akhirnya, perairan Victoria Harbour adalah harmoni dengan langit, yang membawa kestabilan dan kekayaan. Tempat terbaik untuk menyaksikan fenomena yang mistik itu adalah dari puncak The Peak.

Saksikan Feng Shui di Metropolitan Hong Kong

Di Causeway Bay, jejantas yang dikenali sebagai Ngo Keng Kui melewati tiga persimpangan, menjadikannya titik Feng Shui yang ideal untuk menghalang kejahatan. Di sinilah terdapat kumpulan kaki pukul profesional yang terdiri daripada wanita tua. Bos yang teruk, jiran yang menyusahkan atau pelanggan yang menyakitkan hati, kini, anda boleh membalas semula. Ceritakan masalah anda, dan wanita itu akan menyalakan colok, membuat potongan kertas bentuk harimau dan "memukul" orang yang dimaksudkan, sebagai simbol memukul nasib buruk dengan kasutnya. Apa yang dilakukan oleh orang sedemikian tanpa dihukum penjara kerana kesalahan memukul. Amalan ini dikatakan lebih efektif pada Jing Zhe, iaitu guruh pertama pada tahun itu mengikut kalendar lunar.

admin