Makan Jiaozi pada Tahun Baharu China

2018-02-05 14:01:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_jiaoziadf

Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang China sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu "Jiaozi ialah makanan paling sedap". Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan penyatuan. Pada masa dahulu, apabila orang China berkumpul, mereka akan makan bersama-sama, dan Jiaozi merupakan makanan utama. Lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baharu China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya Tahun Baru mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti "Yuanbao", sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan "duit datang". Satu sebab yang lain memakannya ialah Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi pelbagai jenis inti ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya bertuah pada tahun baru yang akan tiba itu.

 

Pada masa dahulu, taraf hidup rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat membahagiakan mereka. Sekarang, dengan meningkatnya taraf hidup rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan biasa sahaja.

 

Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan, termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain. Oleh sebab Jiaozi mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan hilang. Suhu air untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk lain. Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat sedap dimakan.

 

Memasak Jiaozi ada pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus merupakan cara yang paling popular.

 

Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya dua orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang dibuat menggunakan mesin. Namun, Jiaozi yang disejuk beku dengan cepat. Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan tangan kerana kulitnya lebih tebal.

 

Orang China suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit cuka atau kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan. Rasanya menjadi lebih sedap. Ada juga yang mencampurkan sedikit cili atau gula ke dalam sos tersebut, bergantung kepada selera masing-masing.

 

Untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian yang penting dalam budaya makanan China.

王瑾