Panda Simbol Persahabatan Malaysia-China

2018-02-05 14:17:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_96c518c6e77a403dbf48642b7bf8e03e

 

Lawatan Laluan Sutera 2017 saya untuk tahun ketiga diteruskan ke Provinci Sichuan, China pada 8 hingga 14 Mei.

 

Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu, panorama yang dapat dilihat di merata-rata tempat ialah beruang gergasi panda.

 

Kalau dahulu hanya melihat gambar dan menonton National Geographic, kini melihatnya secara berdepan mata di Pusat Konservasi Panda, Chengdu.

 

Melihat telatah anak-anak panda yang dimanjakan induknya memang menyeronokkan. Pelancong dalam dan luar China pun terhibur melihat gelagat panda yang makan sambil berbaring, memancat pokok dan ke sana sini entah mencari sesuatu. 

 

Panda yang tidak peduli pelancong yang melihatnya mengingat saya pada panda yang dipinjamkan oleh kerajaan China kepada Malaysia.

 

图片默认标题_fororder_17c51adfc2f1452d9131ff93edb51c46

 

Kini saya telah tiba di kampung halaman dua ekor panda gergasi yang diberi nama Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) yang dipinjamkan kepada Malaysia.

 

Namun di Malaysia kedua-dua panda itu dinamakan semula oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan nama Liang Liang (betina) dan Xing Xing (jantan).

 

Kedua-dua panda itu dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia selama 10 tahun bagi menandakan hubungan akrab 40 tahun kedua-dua negara. Pada 18 Ogos 2015, pada pukul 1.45 tengah hari waktu Malaysia, Liang Liang (panda betina) melahirkan seekor anak panda betina.

 

Habitat panda di Sichuan ini seluas 9,245 kilometer persegi. 

 

Panda gergasi merupakan spesies terancam, diancam oleh kehilangan habitat berterusan dan kadar kelahiran yang rendah, kedua-dua yang hidup liar atau dalam kurungan.

 

Sebanyak 1,600 dipercayai masih hidup di dalam hutan (2004).

 

China telah lama menggunakan pendekatan "Diplomasi Panda" sebagai simbolik hubungan persahabatan antara China dan negara-negara yang mempunyai hubungan akrab dengannya. Malaysia juga rasa bertuah melalui dasar ini. 

王瑾