Jin Biao, Imam Yang Terkemuka di China

2018-02-20 14:34:54  CRI
Share with:

Jin Biao, Imam Yang Terkemuka di China

 

Jin Biao, lahir pada tahun 1966 merupakan penduduk etnik Hui yang berasal dari bandar Xining, provinsi Qinghai. Pada tahun 1981, beliau mengikuti pengajian agama Islam dengan bimbingan Imam Ma Xiangchen di Masjid Dongguan, masjid yang terkenal di Xining.

 

Pada tahun 1988, beliau tamat pengajian dan mula bertugas sebagai imam. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar di Mesir dan memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 1994. Setelah tamat pengajian dan pulang ke tanah air pada tahun 1997, beliau bertugas sebagai imam di Masjid Fuqiangxiang.

 

Jin Biao, Imam Yang Terkemuka di China

 

Ketika menyampaikan kuliah di masjid, beliau menggabungkan pengetahuan yang lama dengan yang baharu dan menganjurkan bahasa Arab dan bahasa Mandarin diberikan perhatian yang sama. Lebih 500 orang penganut agama Islam telah mengikuti kuliah beliau. Sebanyak 39 orang daripada mereka telah berkhidmat sebagai imam.

 

Pada 8 April 2009, beliau bertugas sebagai imam di Masjid Nanguan, bandar Xining.

 

Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang agama Islam antaranya termasuklah Kitab Tilawatil Quran dan 23 kuliah tentang Etika Muslim. Selain al-Quran, beliau juga menggalakkan umat Islam mempelajari ilmu dalam pelbagai bidang. Selain itu, beliau bergiat aktif dalam usaha membasmi kemiskinan.

张弘