Filipina Hentam Laporan Risikan AS

2018-02-23 13:47:52  CRI
Share with:

 

Jurucakap Presiden Filipina, Harry Roque menghentam laporan risikan Amerika Syarikat (AS) yang melabelkan Presiden Rodrigo Duterte sebagai ancaman terhadap demokrasi dan hak asasi manusia.

 

Roque dalam kenyataan semalam menyifatkan tanggapan tersebut "berfikiran singkat dan tidak berasas".

 

 

 

Membidas laporan itu, beliau menegaskan Duterte "bukan seorang autokrat dan tiada kecenderungan ke arah itu", malah "sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang dan perlembagaan". Laporan berkenaan akan menjejaskan hubungan persahabatan antara Filipina dengan AS.

Kempen Duterte untuk memerangi dadah secara agresif telah menimbulkan kebimbangan AS, malah membawa kepada pertikaian diplomatik antara kedua-dua negara.

系统管理员