WTO Puji Pencapaian Ekonomi Malaysia

2018-02-24 17:21:47  CRI
Share with:

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menyanjung tinggi pencapaian Malaysia dalam bidang pembangunan ekonomi, termasuk perdagangan berhemat dan polisi ekonominya.

43 anggota WTO telah menyertai sesi soal jawab di Kajian Semula Dasar Perdagangan (TPR) Malaysia ketujuh di Switzerland pada 14 hingga 16 Februari lalu.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, Malaysia mendapat pujian daripada mereka kerana secara aktif meneruskan keterbukaan perdagangan melalui reformasi sepihak, pengaturan perdagangan serantau dan dua hala serta pembuatan peraturan pelbagai hala.

Kepelbagaian ekonomi yang berjaya serta pembaharuan ekonomi Malaysia telah menyumbang kepada pertumbuhan yang berterusan, walaupun menghadapi pelbagai cabaran luaran.

系统管理员