Daimler Alu-alukan Pemegang Saham China

2018-02-25 16:09:30  CRI
Share with:

Daimler Alu-alukan Pemegang Saham China

 

Syarikat automotif multinasional Jerman, Daimler AG dalam kenyataan semalam memaklumkan 9.69% sahamnya kini dipegang oleh firma China, Zhejiang Geely Holding Group.

 

 

Pihak Daimler mengalu-alukan Li Shufu, pengasas Geely menjadi pelabur jangka panjang.

 

Li disifatkan usahawan bervisi yang amat berpengalaman dan mampu membantu usaha mentransformasi industri berkenaan.

 

Dengan pegangan hampir 9.7%, Geely muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar Daimler AG.

Geely, pengeluar automobil swasta terbesar di China yang berpangkalan di Hangzhou, juga syarikat induk bagi Volvo, Proton, Lotus dan London Electric Vehicle Company (LEVC).

 

Daimler Alu-alukan Pemegang Saham China

 

 

系统管理员