AS Digesa Henti Tindakan "Lampaui Bidang Kuasa"

2018-02-25 15:29:30  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa menghentikan tindakan mengenakan sekatan terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), yang turut melibatkan syarikat dan individu China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang membuat gesaan itu sebagai respons terhadap tindakan Jabatan Perbendaharaan AS mengenakan sekatan terhadap 56 kapal, syarikat perkapalan dan pedagang DPRK.

Perbuatan AS yang turut memberi tempias kepada firma dan pekerja China, disifatkan "melampaui bidang kuasa".

Geng berkata China melaksanakan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai DPRK, dan tidak pernah membenarkan rakyat dan syarikat sendiri terlibat dalam kegiatan yang melanggar resolusi berkenaan.

China menentang sekatan tersebut dan mendesak AS segera menghentikan tindakan salah itu bagi mengelakkan hubungan kerjasama terjejas.

系统管理员