Parti Rakyat Kemboja Menang Pilihan Raya Senat

2018-02-26 14:03:14  CRI
Share with:

Menurut keputusan kiraan awal Suruhanjaya Pilihan Raya Kemboja, parti pemerintah, iaitu Parti Rakyat Kemboja berjaya memperoleh 58 daripada 62 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya Senat keempat semalam.

Susulan pengumuman keputusan kiraan awal itu, jurucakap Parti Rakyat, Sok Eysan menyifatkan hasil tersebut sebagai kemenangan besar bagi partinya.

Katanya, pihaknya amat yakin mampu menang dalam pilihan raya parlimen yang akan diadakan pada Julai tahun ini.

Keputusan muktamad pilihan raya Senat kali ini dijangka diumumkan pada 3 Mac nanti.

系统管理员