Flu Ragut 136 Nyawa di Jerman

2018-02-26 11:21:04  CRI
Share with:

Agensi pencegahan dan pengawalan penyakit Jerman baru-baru ini melaporkan, jumlah kes jangkitan influenza di seluruh negara itu meningkat ketara hingga mengakibatkan 136 maut setakat ini.

Lapor media tempatan memetik kenyataan Institut Robert Koch, antara 136 pesakit yang meninggal dunia, kebanyakannya adalah orang tua.

Statistik terkini institut tersebut juga menunjukkan bahawa jumlah kes jangkitan influenza meningkat mendadak pada minggu ketiga bulan ini kepada 24 ribu.

Sejak Oktober tahun lalu, lebih 82 ribu kes jangkitan influenza dikesan di seluruh Jerman. Influenza B jenis yang paling banyak pada musim flu ini.

系统管理员