Li Longji, Maharaja Xuan Zong Dinasti Tang China

2018-03-02 15:59:40  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1487240879064667

Li Longji, Maharaja Xuan Zong pada zaman Dinasti Tang China merupakan seorang maharaja yang tersohor dalam sejarah China. Baginda telah membuat jasa yang cemerlang dalam sejarah China dan juga telah mengakibatkan kemorosotan drastik Dinasti Tang. Kisah kecintaan terhadap Baginda telah diceritakan turun-temurun dalam opera dan karya kesusasteraan di China.

 

Li Longji dilahirkan pada tahun 685 Masihi, yakni setahun selepas bapanya Maharaja Rui Zong menaiki takhta. Pada masa itu, masyarakat Dinasti Tang berada dalam keadaan kacau-bilau. Beberapa tahun selepas itu, Permaisuri Wu Zetian telah melucutkan jawatan Maharaja Rui Zong. Beliau telah menaiki takhta dan menjadi Maharani serta menubuhkan Dinasti Zhou. Demi mengukuhkan kekuasaannya, Maharani Wu Zetian membunuh dan mengusir secara kejam anggota keluarga diraja Dinasti Tang. Pada masa itu, semua anggota keluarga diraja Dinasti Tang terpaksa tunduk kepada Maharani Wu Zetian. Semasa Li Longji berusia 8 tahun, ibunya telah dibunuh oleh Maharani Wu Zetian. Li Longji berazam untuk memulihkan pemerintahan Dinasti Tang. Semasa Maharani Wu Zetian mangkat, pemerintahan Dinasti Tang telah berjaya dipulihkan. Lantaran itu, perjuangan politik untuk merebut kekuasaan dalam istana menjadi semakin sengit. Pada tahun 710 Masihi, Li Longji yang berusia 25 tahun ketika itu telah berjaya merampas kuasa dengan bantuan pasukan pengawal diraja dan membolehkan bapanya Rui Zong menaiki takhta semula. Dua tahun kemudian, Li Longji menaiki takhta dan menjadi Maharaja Xuanzong Dinasti Tang.

 

Semasa menaiki takhta, Maharaja Li Longji terpaksa berhadapan dengan keadaan masyarakat China yang telah mengalamai kemorosotan dan kekacauan dalam masa yang panjang. Baginda telah melaksanakan pembaharuan dengan tegas, memilih dan melantik pegawai-pegawai yang berbakat serta berani mengeluarkan pandangan, cadangan dan kritikan yang tepat. Serentak dengan itu, Baginda juga telah menurunkan taraf kehidupan anggota keluarga diraja, menjatuhkan hukuman yang keras terhadap pegawai yang makan rasuah dan mengurangkan pemungutan cukai terhadap rakyat jelata. Melalui pelaksanaan tindakan pembaharuan yang ditetapkan oleh Baginda selama lebih 20 tahun, Dinasti Tang China yang dahulunya mengalami keadaan politik yang kucar-kacir, ekonomi yang mundur dan bidang pertahanan kebangsaan yang lemah telah menjadi sebuah negara yang kuat bukan sahaja dalam bidang politik, tetapi juga dalam bidang ekonomi dan ketenteraan. "Laluan Sutera" yang menyambungkan China dengan negara-negara Asia Tengah, Asia Barat, Asia Selatan malahan Eropah telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan perniagaan antara China dengan negara-negara tersebut. Selain itu, kerajaan Dinasti Tang juga turut mengembangkan kegiatan pelayaran di laut secara berterusan. Pelbagai negara di dunia beramai-ramai menghantar utusan dan diplomatnya ke China. Pada masa itu, di Changan sahaja terdapat lebih sejuta orang asing. Dinasti Tang telah menjadi pusat pertukaran ekonomi dan kebudayaan di Asia. Maharaja Li Longji telah membawa kemakmuran kepada Dinasti Tang China.

 

Selepas memerintah selama lebih 20 tahun, tabiat Maharaja Li Longji telah banyak berubah. Baginda sudah berasa bosan terhadap urusan pemerintahan dan tidak mahu lagi menerima cadangan dan kritikan. Baginda sentiasa berfoya-foya di istana malah jatuh cinta dengan menantunya sendiri Yang Yuhuan.

 

Li Longji yang mempunyai kepandaian dalam bidang muzik telah jatuh cinta dengan menantunya sendiri Yang Yuhuan yang turut pandai menyanyi dan menari. Semasa berusia 59 tahun, Baginda telah menjadikan Yang Yuhuan sebagai gundiknya sendiri. Sepanjang hari mereka asyik terleka dengan nyanyian dan tarian.

图片默认标题_fororder_W020141119621495054742

Ekoran Maharaja Li Longji tidak menumpukan perhatiannya terhadap urusan pemerintahan, Dinasti Tang telah mengalami kemerosotan dalam bidang politik dan ekonomi. Rasuah semakin menjadi-jadi, peperangan sering berlaku di kawasan sempadan. Rakyat jelata dikenakan pelbagai cukai yang tinggi, perbendaharaan kebangsaan menjadi sifar, panglima tentera yang mengawal kawasan sempadan berusaha meluaskan kekuasaan masing-masing. Pada tahun 755 Masihi, panglima dan tentera yang mengawal kawasan sempadan telah melaksanakan pemberontakan dan terus mara ke Changan.Maharaja Li Longji dan Yang Yuhuan telah melarikan diri. Dalam perjalanan melarikan diri, panglima pengawal Maharaja mengarahkan Baginda membunuh Yang Yuhuan yang dibenci oleh rakyat jelata. Demi menstabilkan pemerintahan, Maharaja Li Longji terpaksa membunuh Yang Yuhuan, gundik yang disukainya. 

王瑾