Kalendar "24 Musim" China: Solstis Musim Panas

2018-03-07 14:44:03  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_143530330008614422.JPEG

 

Kalendar "24 Musim" China yang bersejarah lebih 2000 tahun merupakan hasil kajian rakyat China setelah menjalankan cerapan cakerawala dan membuat pemerhatian yang teliti dalam bidang meteorologi dan juga warisan budaya yang unik. Kalendar tersebut dapat menjangkakan perubuhan suhu udara, penurunan hujan serta cuaca dan telah menjadi alat yang sangat berguna bagi kaum tani kerana daripada kalendar itu, mereka boleh mengetahui masa yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti pertanian seperti penanaman dan penuaian.

 

Kalendar "24 musim" merupakan satu sistem yang membahagikan masa setahun kepada 24 penggal yang panjangnya hampir sama dan perubahan iklimnya tidak besar. Hari pertama setiap penggal telah diberi nama seperti "permulaan musim bunga", "hujan" dan "serangga terjaga".

 

Hari "Solstis Musim Panas" biasanya jatuh pada 21 hb atau 22 hb bulan Jun setiap tahun. Pada hari "Solstis Musim Panas", matahari berada paling jauh ke utara dari khatulistiwa dan paling dekat dengan garisan lintang utara iaitu pada 23.5 darjah dan waktu siangnya menjadi paling panjang dalam sepanjang tahun itu.

 

Oleh sebab wilayah China yang meluas, waktu siang bagi kawasan selatan dan utara China adalah tidak sama. Misalnya, waktu siang di bandar Haikou, pulau Hainan iaitu tempat yang paling selatan di China sepanjang lebih 13 jam, tapi waktu siang di Beijing pada hari tersebut sepanjang kira-kira 15 jam, bahkan di tempat paling utara China, iaitu Mohe di Provinsi Heilongjiang China, waktu siangnya pula sepanjang lebih 17 jam.

 

Walau bagaimanapun, selepas hari "Solstis Musim Panas" berlalu, tempat yang paling dekat dengan matahari akan beransur-ansur beralih ke selatan dan menyebabkan waktu siang di hemisfera Utara juga beransur-ansur menjadi pendek.

 

图片默认标题_fororder_xiazhixigua2

 

Selain sebagai tanda kepanjangan maksimum waktu siang, hari "Solstis Musim Panas" juga dianggap sebagai permulaan kemuncak musim panas. Di China, terdapat satu bidalan berbunyi: "cuaca tak panas sehingga hari 'Solstis Musim Panas'". Namun begitu, ketibaan hari "Solstis Musim Panas" masih belum dikira sebagai musim yang paling panas. Setelah hari itu, suhu udara akan terus melonjak, biasanya lagi dua-tiga puluh hari, cuaca paling panas akan muncul. Ketika itu, suhu udara di sesetengah tempat China akan melebihi 40 darjah selsius.

 

Dalam tempoh setelah hari"Solstis Musim Panas" berlalu, sinaran matahari di kebanyakan kawasan di China adalah mencukupi, maka tanaman akan bertumbuh dengan lebih pesat dan juga memerlukan jagaan yang lebih rapi. Sehubungan dengan itu, penurunan hujan adalah sangat penting bagi hasil pengeluaran kemudian. Akan tetapi , oleh sebab cuaca yang kering dan panas, bencana yang diakibatkan oleh cuaca dan wabak makhluk perosak juga sering berlaku. Maka, terdapat bidalan yang berbunyi: "kerja penanaman pada musim panas harus merebut masa rehat tengah hari". Ini bermaksud kerja penanaman di tanah dan ladang perlu diselesaikan dengan secepat mungkin. Bagi ladang yang telah ditanam, para pekerja harus meningkatkan pengendalian. Di kawasan yang sering turun hujan, kerja penyaluran air juga mesti dibuat dengan bersungguh-sungguh bagi mencegah banjir.

 

 

Pada musim hari "Solstis Musim Panas", rumpai di kawasan ladang juga tumbuh sepesat dengan tumbuhan-tumbuhan yang ditanam, rumpai itu bukan sahaja merebut air, zat dan cahaya matahari dengan tanaman, tetapi juga merupakan perumah bagi pelbagai jenis bakteria dan serangga perosak. Terdapat juga bidalan yang mengibaratkan rumpai sebagai ular yang berbahaya.

 

Selain aktiviti pertanian, orang China juga pandai menjaga pemakanan dengan cara yang sesuai dengan perubahan musim. Dalam buku zaman kuno China tercatat: manusia dikehendaki bersikap optimis pada musim panas supaya sentiasa selesa, berfikiran terbuka dan berbesar hati serta penuh semangat. Ini seperti segala makhluk memerlukan cahaya matahari semasa bertumbuh, jadi kita harus sentiasa berminat terhadap perkara yang belum diketahui supaya menjadi insan yang lebih "berisi".

 

Menurut perubatan tradisional China, dalam musim panas, apabila kita banyak berpeluh, bukan saja air yang banyak hilang, tetapi juga garam. Ini akan menjejaskan fungsi jantung. Maka, kita perlu menyesuaikan badan kita dengan makan lebih banyak makanan yang masam dan masin. Meskipun cuaca menjadi sangat panas dalam musim tersebut, akan tetapi doktor juga menasihati kita supaya tidak makan terlalu banyak makanan yang sejuk. 

王瑾