B&R, Penjana Baharu Hubungan China-Singapura

2018-03-12 16:43:12  CRI
Share with:

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar China ke Singapura, Fang Xinwen dalam rencananya yang diterbitkan dalam akhbar Lianhe Zaobao Singapura hari ini menitikberatkan bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) sedang melakar hala tuju perkembangan hubungan dua hala antara China dengan Singapura.

Fang dalam rencana itu berkata, B&R bukan sahaja mewakili trend dan peluang pada era globalisasi ini, malah memperlihatkan konsep dan matlamat pembangunan bersama kedua-dua negara. Inisiatif tersebut dipercayai dapat dijadikan penjana baharu bagi kerjasama bilateral.

Beliau turut berharap kerjasama kedua-dua negara dalam rangka inisiatif B&R itu membawa lebih banyak hasil konkrit demi pembangunan kedua-dua negara dan serantau.

周乔西