Nanning Tuan Rumah CAEXPO Ke-15 September

2018-03-14 13:50:03  CRI
Share with:

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-15 bakal diadakan di Nanning, Guangxi pada 12 hingga 15 September nanti dengan tema "Pembangunan Laluan Sutera Maritim pada Abad ke-21 dan Komuniti Inovatif China-ASEAN".

Demikian dimaklumkan mesyuarat pegawai tinggi ekspo tersebut di Nanning semalam.

CAEXPO akan memanfaatkan momentum sempena ulang tahun ke-15 Perkongsian Strategik China-ASEAN tahun ini, bagi memperkukuh kerjasama dalam ekonomi dan perdagangan serta inovasi.

Atase Perniagaan Bahagian Asia, Kementerian Perdagangan China, Guo Chuanxiong berkata, tahun 2018 merupakan masa kunci untuk menaik taraf persahabatan dan pertukaran. Kedua-dua pihak diharap memperkasakan penyelarasan, menggalakkan syarikat sendiri menyertai ekspo serta merancakkan kerjasama kapasiti industri dan inovasi.

高蕾