CAEXPO Galak Kerjasama China, Kemboja

2018-03-15 14:53:27  CRI
Share with:

Dengan bantuan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), banyak projek kerjasama ekonomi dan perdagangan dicapai antara Kemboja dengan China setiap tahun sepanjang tempoh sedekad lalu.

Maklum Pengarah Bahagian Urusan Pameran, Jabatan Perdagangan, Kementerian Perniagaan Kemboja di Nanning, Guangxi semalam, pelabur China juga aktif menanam modal di pasaran negara itu.

Dalam satu sidang akhbar pada hari yang sama, Naib Setiausaha Agung Sekretariat CAEXPO, Yang Yanyan memaklumkan bahawa 290 syarikat China akan terlibat dalam Pameran Kemboja yang dijadualkan di Phnom Penh pada 30 Mac hingga 1 April nanti.

Dalam tempoh pameran itu, Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN dan Syarikat Jalan & Jambatan China (CRBC) akan mengadakan promosi.

Pameran Kemboja adalah pameran berskala paling besar pernah dianjurkan Sekretariat CAEXPO di seberang laut.

Menurut Yang, pameran itu akan memfokuskan produk dan perkhidmatan melibatkan teknologi mesin dan perkakasan, peralatan elektronik dan elektrik, industri ringan, bahan binaan serta penjimatan tenaga dan pemeliharaan alam sekitar, dengan mengambil kira permintaan pasaran tempatan.

高蕾