China Harap Hasil Kerjasama Dinikmati Rakyat Laos

2018-03-16 14:53:03  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_lao

China berharap hasil kerjasama antara negaranya dengan Laos dapat dinikmati oleh semua rakyat jelata di Laos.

Duta Besar China ke Laos, Wang Wentian menyatakan demikian ketika diwawancara bersama oleh media China dan tempatan di Vientiane baru-baru ini.


Wang berkata, lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Laos pada November tahun lalu menggalakkan penandatanganan pelbagai perjanjian kerjasama. Presiden Xi turut mengumumkan China akan menghulurkan bantuan secara percuma kepada Laos pada masa depan.

Beliau yakin pembinaan koridor ekonomi China dan Laos akan memacu pertumbuhan ekonomi dan memperbaiki kesejahteraaan rakyat kedua-dua negara, sekali gus mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama di rantau ini.

周乔西