Ribut Tropika Diramal Landa Thailand

2018-03-20 13:39:59  CRI
Share with:

Biro Meteorologi Thailand semalam mengeluarkan amaran kecemasan bahawa beberapa tempat di negara itu akan dilanda ribut tropika pada 20 hingga 23 Mac.

Ribut itu akan bergerak dari kawasan timur laut ke sebelah timur dan tengah termasuk Bangkok. Dalam pada itu, sebahagian tempat akan dilanda cuaca buruk seperti ribut petir, ribut, hujan batu dan kilat.

Beberapa hari lalu, kawasan timur laut Thailand dilanda ribut kuat mengakibatkan rumah kediaman di beberapa kampung rosak teruk dan bekalan elektrik terputus.

系统管理员