Kemboja Usaha Majukan Pendidikan Rakyat

2018-03-20 13:23:09  CRI
Share with:

Menteri Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja, Hang Chuon Naron menyatakan di Phnom Penh semalam bahawa hasil usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar penerimaan pendidikan dalam kalangan rakyat, kini terdapat lebih 14 ribu sekolah awam, swasta dan komuniti di seluruh negara.

 

Menurutnya, antara 14,189 sekolah itu termasuk 4,632 sekolah rendah, 1,303 sekolah menengah rendah, 633 sekolah menengah atas dan 2,955 sekolah rendah komuniti.

 

Sebelum ini, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan negara itu akan meningkatkan peruntukan dalam bidang penyelidikan saind untuk mengejar revolusi industri keempat. 

胡星