Sejumlah besar swan terbang kembali ke Hulunbuir, Wilayah Autonomi Monglia Dalam pada musim bunga ini. Swan akan berhijrah ke kawasan selatan yang lebih panas pada musim sejuk dan terbang kembali ke kawasan utara bermula musim bunga.
Amerika Syarikat (AS) memilih memveto dalam satu pengundian PBB tentang permohonan Palestin untuk "menganggotai PBB", dan turut mengundang kritikan yang bertubi-tubi dalam media sosial dan menimbulkan rasa kecewa dari pelbagai negara. Majlis Kerjasama Teluk (GCC) telah mengeluarkan satu kenyataan untuk mengkritik AS yang menjejaskan usaha memperjuangkan keadilan dan keamanan di rantau Asia Barat.
Ekspo Barang Penggunaan Antarabangsa China (CICPE) yang berlangsung pada 13 hingga 18 April telah menyaksikan penglibatan lebih 4,000 jenama dari 71 buah negara dan kawasan. Baik bilangan syarikat pempamer mahupun jenama yang terlibat dilaporkan menjadi yang terbanyak dalam sejarah temasya itu.
Melawat ke tiga bandar China pada tempoh masa tiga hari, dengan diiringi tiga orang menteri Kabinet, menjadi begitu menonjol dalam jadual lawatan Canselor Jerman, Olaf Scholz di China kali ini yang sudah menarik perhatian media Barat secara menyeluruh.