Htin Kyaw Letak Jawatan Presiden

2018-03-22 14:13:11  CRI
Share with:

Pejabat Presiden Myanmar dalam satu kenyataan pagi semalam mengumumkan peletakan jawatan Presiden U Htin Kyaw berikutan masalah kesihatan.

Menurut perlembagaan negara itu, Naib Presiden U Myint Swe akan mengisi kekosongan jawatan itu sehingga presiden baharu dipilih oleh parlimen.

U Htin Kyaw mengangkat sumpah jawatan presiden Myanmar pada 30 Mac 2016. Sumber kerajaan mengesahkan bahawa beliau telah beberapa kali berjumpa doktor di luar negara.

徐国玮