Minggu Lancang-Mekong

2018-03-26 14:59:03  CRI
Share with:

Minggu Lancang-Mekong dirasmikan di Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini. 

Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn dalam satu temu bual menegaskan perlunya acara tersebut dijadikan ikon Kerjasama Lancang-Mekong (LMC).

LMC memfokuskan kesalinghubungan, kapasiti pengeluaran, ekonomi rentas sempadan, sumber air, pertanian dan pembasmian kemiskinan. 

Sokhonn berkata, LMC akan membantu merapatkan jurang pembangunan antara negara-negara terlibat, di samping mempercepat proses pembinaan komuniti ASEAN. Hasilnya penting demi pembangunan mampan.

LMC akan disepadukan dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN 2025 dan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) ke arah merealisasikan zon pembangunan ekonomi lembangan Lancang-Mekong.
 
张宪