Masjid Kowloon Hong Kong

2018-03-26 10:35:13  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_11

Masjid Kowloon merupakan masjid yang paling terkenal di Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong, China. Masjid itu dibina oleh tentera India yang beragama Islam yang ditempatkan oleh Britain di Hong Kong pada tahun 1896. Pada tahun 1980, masjid itu dibina semula dengan sumbangan pelbagai persatuan dan tokoh Islam di Hong Kong serta bantuan dunia Islam di negara asing. 

图片默认标题_fororder_12

Masjid baharu seluas lebih 1,500 meter persegi. Bangunan masjid mempunyai tiga tingkat. Tingkat pertama ialah perpustakaan, bilik mesyuarat, pusat pengajian al-Quran dan pusat pengajian pemuda. Tingkat dua ialah ruang sembahyang yang boleh menampung kira-kira seribu orang beribadat bersama-sama. Dan tingkat tiga ialah ruang sembahyang untuk muslimah. Bangunan masjid itu mempunyai seni bina Arab.

图片默认标题_fororder_13

徐国玮