Grab Beli Uber Asia Tenggara

2018-03-27 14:13:44  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_5caeffdfe7c54d199cd8c1bbf6bbf3d1

Grab, aplikasi tempah kenderaan popular di Asia Tenggara telah memuktamadkan urus niaga untuk membeli perniagaan Uber Technologies Inc di rantau ini.

Pemerolehan itu membolehkan Grab menawarkan perkhidmatan tempah kereta dan penghantaran makanan yang disediakan Uber dalam platform sendiri.

Pegangan Uber adalah sebanyak 27.5 peratus.

Grab yang mempunyai lebih 81 juta muat turun aplikasi mudah alih, kini menawarkan perkhidmatan di 178 bandar di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja. 

张宪