Keburukan Harapkan Hasil Segera?

2018-03-29 13:23:52  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_ba

Setiap orang tentu ingin memperoleh kejayaan, baik dalam kerjaya mahupun kehidupan. Namun setiap kejayaan adalah diiringi dengan kesabaran, selain kegigihan dan ketekunan. Tanpa kesabaran, matlamat dan kejayaan sukar dicapai.

“Kesabaran adalah pendamping kebijaksanaan”, “Kesabaran adalah ubat terbaik untuk segala masalah”, “Kesabaran itu pahit, tapi buahnya manis”, “Pohon yang lambat tumbuh menghasilkan buah terbaik”…… begitu banyak pepatah senada yang menasihati kita agar menerapkan sikap sabar dalam kehidupan.

Bagaimanapun, di zaman serba moden dan maju ini, tugas dan beban yang perlu ditanggung dalam kehidupan sehari-hari pastinya banyak mencabar daya kesabaran kita.

Hal ini tergambar jelas apabila muncul segolongan ibu bapa yang mahu melihat hasil cepat dalam mendidik anak, dengan harapan anak sendiri sentiasa mengungguli anak orang lain.

Keburukan fenomena ini telahpun diceritakan dalam peribahasa China "Ba Miao Zhu Zhang”, yang membawa erti perbuatan mengharapkan hasil segera akan menyebabkan segala yang sudah diusahakan pun menjadi sia-sia.

周乔西