Peribahasa Qian Ju Hou Gong (前倨后恭) dipetik daripada buku sejarah “Shi Ji” pada zaman purba China, bermaksud mula-mula menghina seseorang, kemudiannya melayannya dengan penuh hormat.
Peribahasa itu digunakan untuk menghuraikan perubahan sikap terhadap seseorang. Contohnya, mula-mula mereka memandang rendah kerana tidak kenal peribadi seseorang itu, dan nampak seperti orang biasa atau miskin. Kemudian, selepas tahu orang itu berkuasa atau amat kaya, dia berubah sikap dan melayan mereka dengan hormat dan mesra. Kelompok sebegitu dikenali sebagai “Sombong” (Snob 势利眼). Mereka hanya ingin bergaul dengan orang-orang yang kaya dan terkenal. Mereka hanya mahu berkawan dengan golongan yang boleh membawa keuntungan dan kepentingan terhadap dirinya.