Antara Malas dan Rajin Berfikir

2018-03-29 15:09:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_d0c8a786c9177f3ea19f259d7acf3bc79e3d56f3

Apabila masih di bangku sekolah, guru sering mengatakan bahawa tiada orang yang bodoh di dunia ini, yang ada hanya orang yang  malas berfikir dan enggan belajar untuk mendapatkan suatu hasil.

Ketika masih kecil, memang sukar untuk memahami kata-kata guru itu. Namun makin besar makin saya mengetahui siratannya: sifat malas berfikir akan mengekang potensi kita untuk terus maju jaya. Kejayaan memihak kepada mereka yang rajin dan lincah berfikir.

Dalam perjalanan mencari kematangan, banyak dugaan dan cabaran ditempuhi. Tatkala mahu luntur semangat, kata-kata guru itu sering melintasi fikiran, memberi galakan dan dorongan kepada saya.

Peribahasa China "Hu Lun Tun Zao" atau "Menelan Buah Kurma Bulat-Bulat” justeru digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang malas berfikir ketika belajar. Mereka sudah biasa menerima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan tanpa mencernanya, atau hanya belajar dengan cara menghafal tanpa memahaminya. Cara belajar ini sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan kepada mereka.

周乔西