Thailand Rancang Bina HSR Lebih 2,500KM

2018-04-02 13:35:31  CRI
Share with:

Thailand merancang membina landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) sepanjang 2,506 kilometer menjelang tahun 2036.

Pegawai dari pejabat Perancangan Dasar Pengangkutan, Kementerian Pengangkutan Thailand menyatakan bahawa rancangan pembinaan berkenaan akan dilaksanakan secara tiga peringkat.

Tempoh pembinaan peringkat pertama bermula 2017 hingga 2021 melibatkan rel sepanjang 1,248 kilometer. Antaranya termasuk projek kerjasama China-Thailand fasa pertama dan kedua, HSR yang menghubungkan tiga lapangan terbang utama Thailand, serta yang menghubungkan daerah Rayong.

Pegawai itu memaklumkan bahawa projek kerjasama Thailand-China telah mula dibina dan Kabinet telah pun meluluskan HSR yang menghubungkan tiga lapangan terbang itu.

Tambahnya, pelan pembangunan berkenaan dijangka menelan kos kira-kira THB1.57 trilion (RM195 bilion). Selepas siap, landasan HSR tersebut akan menghubungkan semua bandar utama di negara itu.  

曹捷