Tahun Baharu China baharulah terlepas, rakyat China baharu menikmati satu cuti panjang, iaitu tujuh hari untuk merayakan pesta yang paling meriah dalam satu tahun. Pada hari cuti, pastilah ramai orang tidur dan bangun lewat, bersiar-siar dengan kawan sampai lewat malam, makan laut-pauk dan membuat apa jua sesuka hati yang tidak dapat buat pada hari kerja, seronoknya! Namun, cuti sentiasa berlalu begitu cepat dan tibalah hari kerja. Semua orang terpaksa menyesuaikan diri dengan rutin hari kerja seperti biasa walaupun hati masih impikan cuti yang lebih panjang. Terdapat satu perkataan “sindrom percutian” yang merujuk kepada orang yang baru habis cuti dan mula kerja, tetapi jiwanya masih belum lagi bersedia untuk bekerja. Marilah kita mendengar cerita tentang pribahasa China “Le Bu Si Shu”.
Pada zaman moden, hidup memang mencabar bagi semua orang kerana kita hidup dalam masyarakat yang sering berdaya saing. Seiring dengan perkembangan globalisasi, kita bukan sahaja menghadapi pesaing dalam negeri, malah seluruh dunia. Dalam keadaan yang rumit ini, berusaha gigih dan consisten ialah satu-satuya jalan untuk memperoleh kejayaan. Dalam hidup yang serba moden ini memang kita mudah terperangkap dengan godaan dan keseronokan dunia tetapi janganlah kita mudah lupa akan cita cita kita.