Seni Tarian Dongxiang

2018-04-06 14:46:52  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_11

Dongxiang merupakan salah satu daripada 10 etnik minoriti yang menganut agama Islam sejak turun-temurun.

Kaum Dongxiang yang tergolong dalam aliran Syiah itu biasanya menetap dalam komuniti sendiri di provinsi Gansu, barat laut China.

图片默认标题_fororder_13

Etnik itu mempunyai sejarah yang lama dan budaya yang unik. Seni tarian etnik Dongxiang mempunyai keunikan sendiri. Penari wanitanya cantik dan rentak tarinya lemah gemalai. Sebaliknya, tarian untuk lelaki penuh semangat dan keperwiraan.

图片默认标题_fororder_12

Tarian tradisional Yanxiqu (muzik untuk jamuan) bukan sahaja popular dalam kalangan etnik Dongxiang, malah etnik minoriti beragama Islam yang lain di barat laut China seperti Hui, Salar dan Baoan. Tarian jenis itu biasanya dipersembahkan semasa jamuan untuk meraikan keluarga pengantin wanita dalam majlis perkahwinan. Seni kata lagu untuk tarian jenis itu biasanya bersumberkan cerita rakyat.

图片默认标题_fororder_14

Tarian itu biasanya ditarikan secara berpasangan oleh dua hingga lapan orang lelaki. Tarian Hali pula biasanya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan kaum Dongxiang bagi mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan untuk pengantin baru.  Tarian Zhezibai dipersembahkan dalam aktiviti yang berbentuk keagamaan. Penari lelaki menari mengikuti rentak alunan bacaan al-Quran.

徐国玮