Thailand Kuat Kuasa Pelan Pembaharuan Negara

2018-04-08 15:28:12  CRI
Share with:

Pelan pembaharuan negara Thailand berkuat kuasa secara rasmi semalam. 

Menurut pelan itu, Thailand akan memperuntukkan THB130 bilion (RM16 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang bagi melaksanakan langkah-langkah berkenaan.

Dalam taklimat mengenai pelan itu, wakil kerajaan memaklumkan bahawa perbaharuan tersebut melibatkan 11 bidang, iaitu politik, pentadbiran, undang-undang dan sistem kehakiman, ekonomi, sumber alam dan alam sekitar, kesihatan awam, media dan teknologi maklumat, sumber tenaga, kemasyarakatan dan pengurusan tanah. 

曹捷