ASEAN Sedia Jaga Perdagangan Bebas dengan China

2018-04-10 11:37:58  CRI
Share with:

 

ASEAN bersedia berganding bahu dengan China dalam usaha memelihara perdagangan bebas, mengembangkan hubungan rakan ekonomi yang lebih rapat, dan menggalakkan kemakmuran serantau.

 

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi ketika menghadiri seminar sempena sambutan ulang tahun ke-15 Perkongsian Strategik China-ASEAN di Jakarta semalam.

 

Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian dalam ucapannya berkata, kerjasama China-ASEAN telah menjadi model yang paling berjaya dan dinamik antara kerjasama serantau di Asia Pasifik.

 

Wakil Singapura ke ASEAN, Tan Hung Seng berkata, ASEAN dan China sedang berusaha meningkatkan kesalinghubungan infrastruktur dan ekonomi, mendorong penyelarasan strategi pembangunan, serta mencapai perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif serantau.

 

Kedua-dua pihak telah memberikan isyarat jelas bagi menyokong sistem perdagangan multilateral dan kebebasan perdagangan.

Seramai 150 orang diplomat, sarjana dan wakil media menyertai seminar tersebut.

系统管理员