Rouzi Bawudong, Pewaris Seni Pembuatan Alat Muzik Uygur

2018-04-14 15:53:51  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_51

Rouzi Bawudong sering bermain Duttar, alat muzik tradisional Uygur sambil menyanyikan lagu di Kampung Jiayi kawasan Aksu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China.

Beliau menjadi pewaris budaya bukan benda peringkat provinsi. Kampung Jiayi merupakan pusat pembuatan alat muzik Uygur.

Terdapat lebih 200 pembuat alat muzik daripada 299 keluarga yang mendiami kampung itu.

Keluarga Rouzi mewarisi kemahiran membuat alat muzik daripada datuknya dan kini sudah bersejarah lebih 200 tahun.

Dalam tempoh lebih 30 tahun, Rouzi telah membuat banyak alat muzik dan jumlahnya seperti bintang di langit. Rouzi Bawudong yang lahir pada tahun 1970 sangat suka bermain alat muzik.

Sejak kecil lagi beliau sudah menunjukkan minat terhadap pembuatan alat muzik tradisional Uygur, kesan pengaruh daripada ayahnya.

Ketika berusia 16 tahun, Rouzi mula belajar teknik membuat alat muzik daripada ayahnya.  Menurut Rouzi, untuk membuat Duttar yang berkualiti tinggi memerlukan lima proses dan mengambil masa selama kira-kira dua tahun.

图片默认标题_fororder_52

Pada tahun 2014, pusat pameran alat muzik budaya Qiuci telah selesai dibina di Kampung Jiayi. Pusat itu menyediakan studio secara percuma kepada pewaris budaya bukan benda.

Di studio Rouzi, terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional yang istimewa seperti Duttar, Tanbur, Rawap dan Hajak. Karya yang dihasilkan oleh Rouzi kini dijual dengan harga lebih RMB2,000.

Pada masa ini, alat muzik yang dibuat oleh Rouzi telah dijual ke luar negara seperti Amerika Syarikat (AS).

Kini, Rouzi giat mendidik pewarisnya. Beliau telah menerima lebih 30 pelajar dari seluruh Xinjiang.

徐国玮