Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura menganggarkan pertumbuhan ekonomi negara itu mencapai 4.3% pada suku pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding suku sebelumnya iaitu 3.6%.
Pada 13 April, Lembaga Kewangan Singapura mengumumkan pihaknya akan beransur-ansur menaikkan nilai dolar Singapura memandangkan prospek ekonomi yang semakin baik, selepas dua tahun mengamalkan dasar tidak menaikkan nilai mata wang untuk menstabilkan harga barangan.
Ekonomi Singapura dijangka terus mampan sepanjang tahun ini.