Indonesia Siasat Kecurian Data Pengguna Facebook

2018-04-20 14:44:30  CRI
Share with:

Polis Indonesia menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada maklumat peribadi pengguna Facebook di negara itu pernah dicuri dan disalahgunakan.

Demikian maklum ketua bahagian siasatan jenayah polis Indonesia, Ari Dono Sukmanto.

Menurut laporan Reuters, wakil syarikat Facebook di Indonesia telah disoal siasat selama 5 jam dalam sesi pendengaran di parlimen Indonesia. Dalam pada itu, wakil itu memohon maaf atas kemungkinan maklumat lebih sejuta pengguna di Indonesia didapatkan secara haram. 
 

张哲