Filipina Bantah Laporan AS

2018-04-23 17:00:42  CRI
Share with:

Kempen membanteras dadah yang dilancarkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bertujuan untuk melindungi hak asasi manusia seluruh rakyat negara itu.

Demikian ujar Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano ketika menyangkal Laporan Hak Asasi Manusia Amerika Syarikat (AS) yang mengkritik kempen tersebut menghalalkan pembunuhan di luar bidang kehakiman selama bertahun-tahun.

Laporan AS yang dikeluarkan pada 20 April lalu itu mendakwa, 'pembunuhan di luar bidang kehakiman' semakin menjadi-jadi sejak operasi memerangi dadah dimulakan pada tahun 2016. Kerajaan Filipina juga disyaki memberi perlindungan kepada polis dan anggota keselamatan yang terlibat dalam kes kematian penyeludup dadah.

Cayetano dalam kenyataannya berkata, sebagai negara yang berdaulat, Filipina bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang membebani rakyat. Perjuangan membanteras jenayah, khususnya perniagaan dadah, bertujuan untuk melindungi hak asasi manusia dan mencegah penyalahgunaan dadah.

Menurut statistik polis Filipina, dalam tempoh antara 1 Julai 2016 hingga 20 Mac 2018, lebih 91 ribu serbuan dijalankan di seluruh negara, membawa kepada lebih 123 ribu penjenayah ditahan.

张薇