SSBA Tubuh Persekutuan Inovasi China-Singapura

2018-04-24 14:15:41  CRI
Share with:
Dewan Perniagaan Singapura Shanghai (SSBA) bersama-sama enam buah syarikat dan institusi, telah menubuhkan Persekutuan Inovasi China-Singapura (SSIA) untuk mempermudah perkongsian sumber dan kerjasama dalam bidang inovasi dan teknologi.

Majlis perasmian telah diadakan di Shanghai pada 21 April lalu.

Pada fasa awal ini, SSIA akan membantu pengusaha inovasi dan teknologi menjalankan pertukaran lawatan untuk meningkatkan pengetahuan tentang pasaran antara satu sama lain.

SSIA juga merancang memperluas jaringannya ke seluruh China dan rantau Asia Tenggara pada masa depan.

 

高蕾