FDI ke Filipina Cipta Rekod Baharu

2018-04-24 16:03:12  CRI
Share with:

Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Filipina pada tahun lalu meningkat 21% berbanding tahun sebelumnya, dengan mencecah USD10.05 bilion (kira-kira RM39.25 bilion).

Demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh firma khidmat pakar runding hartanah Pinnacle baru-baru ini.

Bank Pusat Filipina berpendapat peningkatan FDI tersebut berikutan para pelabur semakin yakin terhadap pertumbuhan ekonomi negara itu.

Namun begitu, menurut data Bank Dunia (WB), Filipina hanya berada pada tempat ke-113 dalam ranking negara-negara yang menyediakan dasar keutamaan dan kemudahan kepada syarikat, berbanding Singapura dan Malaysia yang masing-masing di tempat kedua dan ke-24.

Dari segi suasana untuk memulakan perniagaan, Filipina menduduki tempat ke-24, berbanding Singapura di tempat kedua dan Malaysia tempat ke-12.

Data berkenaan turut memperlihatkan Filipina masih perlu berusaha melaksanakan dasar rangsangan dan membina persekitaran perniagaan yang bermanfaat bagi pelabur asing.

周乔西