Iklim Perniagaan Thailand Ranking Ke-36 di Dunia

2018-04-24 15:50:29  CRI
Share with:

Iklim perniagaan di Thailand meningkat ke tempat ke-36 antara 190 negara dan kawasan di seluruh dunia pada tahun 2018, jauh lebih baik daripada tempat ke-78 pada tahun lepas. 

Demikian ranking iklim perniagaan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia baru-baru ini. 

Untuk terus memperbaiki iklim perniagaan, Kementerian Perdagangan Thailand bakal melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya mempermudahkan prosedur dan mengurangkan kos pendaftaran syarikat.

Menurut pegawai Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Thailand, berdasarkan usul Bank Dunia, pihaknya akan memperkenalkan sistem e-pendaftaran yang boleh mengurangkan 30% bayaran pendaftaran syarikat.  
 

张哲