Rondaan Bersama ke-69 Sungai Mekong Bermula

2018-04-25 12:59:37  CRI
Share with:

Rondaan bersama Sungai Mekong ke-69 yang dijalankan oleh China, Laos, Myanmar dan Thailand dilancarkan pada 24 April lalu.

Rondaan selama empat hari itu melibatkan 10 kapal peronda membawa lebih 200 anggota penguatkuasa undang-undang dari empat negara tersebut. 

Operasi bersama itu berkesan untuk meningkatkan keselamatan di Sungai Mekong, melalui pemeriksaan dan kempen memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan termasuk keganasan, penyeludupan serta pengedaran dadah dan senjata api. 

Beberapa mekanisme bersama telah ditubuhkan oleh empat negara terlibat bagi menyelaraskan misi mencari dan menyelamat di sungai, perkongsian maklumat dan respons kecemasan.

张哲