Sidang Promosi Pelaburan Syarikat China di Indonesia

2018-04-25 15:52:56  CRI
Share with:

Satu sidang promosi pelaburan dalam sektor pembuatan telah diadakan di Jawa Timur, Indonesia semalam, dengan penglibatan hampir 100 syarikat China di negara itu.

Sidang tersebut dianjurkan Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) dengan kerjasama Dewan Perniagaan China Indonesia serta agensi tempatan yang berkenaan.

Beberapa dasar keutamaan kerajaan Indonesia telah diumumkan dalam sidang itu, termasuk penyediaan khidmat sehenti pelaburan, latihan sumber manusia, pembangunan taman industri, serta kemudahan pelepasan kastam.

Turut dipromosikan, projek-projek utama di Jawa Timur termasuk Kawasan Perindustrian dan Pelabuhan Bersepadu Java (JIIPE).

高蕾