Hong Kong Utamakan Hubungan dengan ASEAN

2018-04-25 14:48:34  CRI
Share with:

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor berlepas ke Jakarta pada malam 24 April untuk lawatan ke Indonesia.

Sebelum memulakan lawatan itu, beliau berkata bahawa kerajaan Hong Kong mengutamakan perkembangan hubungan dengan ASEAN.

Kata beliau, ASEAN merupakan rakan dagang kedua terbesar bagi Hong Kong dalam sektor komoditi, dan keempat terbesar dalam sektor perkhidmatan. 

Pelaburan langsung negara-negara ASEAN di Hong Kong mencatat kira-kira 510 bilion dolar Hong Kong atau RM254 bilion, iaitu 4% keseluruhan pelaburan asing. 

Jelas beliau, dengan sokongan kerajaan pusat China, Hong Kong komited memainkan peranan konstruktif dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan"(B&R). 

Perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani antara Hong Kong dan ASEAN pada bulan November tahun lepas akan membantu merancakkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

张哲