Filipina telah muncul sebagai salah satu entiti yang pertumbuhan ekonominya paling pesat di Asia Tenggara dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam satu laporan yang diumumkan baru-baru ini menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Filipina meningkat 6.8% sepanjang tahun ini, lebih tinggi berbanding 6.7% pada tahun lalu. Angka itu dianggarkan mencatat 6.9% tahun depan.
Dalam tempoh sidang tahunan Forum Asia Boao 2018, satu perjanjian penanaman modal China terhadap Filipina telah dimeterai, melibatkan sektor pertanian, pelancongan, prasarana dan perkilangan. Pelaksanaan perjanjian itu dijangka akan mencipta lebih 10 ribu peluang pekerjaan untuk Filipina.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyatakan bahawa kerajaannya akan berusaha memperbaiki suasana perniagaan, menjalankan kawal selia dengan lebih teratur, di samping membanteras rasuah, agar menarik semakin banyak pelabur ke negara itu.