Dasar Keutamaan Pelaburan Indonesia Dinanti-nantikan

2018-04-25 13:00:38  CRI
Share with:

China mengalu-alukan siri inisiatif dan dasar yang diambil kerajaan Indonesia bagi memperbaiki iklim perniagaan dan menggalakkan kemasukan pelaburan asing.

Demikian dinyatakan oleh Kaunselor Menteri Jabatan Perdagangan di Kedutaan Besar China di Jakarta, Wang Liping dalam ucapannya pada Sidang Promosi Industri Pembuatan Provinsi Jawa Timur yang diadakan di Jakarta baru-baru ini.

Beliau berharap kerajaan Indonesia di semua peringkat mempercepat pelaksanaan dasar keutamaan berkenaan, bagi menarik lebih banyak pelaburan asing.

Tambah beliau, selain menyediakan modal, peluang pekerjaan dan membantu meningkatkan kutipan cukai, syarikat China yang melabur di Indonesia juga mengutamakan pemindahan teknologi dan latihan tenaga kerja, di samping proaktif menjalankan tanggungjawab sosial.


 

张哲