Lee Hsien Loong Harap China Perluas Keterbukaan

2018-04-26 15:01:42  CRI
Share with:

Singapura gembira melihat tekad China memperluas keterbukaan terhadap dunia luar, dan menanti-nantikan pelaksanaan tindakan konkrit agar membuahkan limpahan faedah.

Demikian ucapan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2018, yang dipetik oleh akhbar Renminribao hari ini.

Menurut beliau, negara-negara Asia mendapat manfaat daripada keterbukaan, tata tertib antarabangsa dan sistem perdagangan pelbagai hala yang dipercayai memperhebat kerjasama ekonomi serantau, selain menambah kebergantungan ekonomi dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Sejak China mengganggotai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 2001, syer negara ini dalam ekonomi global dan perdagangan antarabangsa telah melambung.

Peranan China yang lebih penting telah mendorong penyusunan semula komuniti antarabangsa secara strategik, sementara harapan yang diletakkan terhadap China juga bertambah.

高蕾