Universiti Kratie Kemboja Dirasmikan

2018-04-26 14:52:48  CRI
Share with:

Universiti Kratie yang ditubuhkan dengan bantuan China dirasmikan di bandar Kratie, Kemboja semalam.

Universiti itu merupakan universiti komprehensif pertama di bahagian timur laut negara tersebut. Antara jurusan yang ditawarkan termasuk pertanian, pemprosesan hasil pertanian, penyelidikan industri perikanan, pengajian bahasa asing dan teknologi maklumat.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dalam ucapannya pada upacara perasmian universiti itu berkata, penubuhan Universiti Kratie dengan bantuan kewangan China itu akan memberikan sumbangan penting kepada perkembangan sektor pendidikan Kemboja. 

张哲