China, Myanmar Tingkatkan Lawatan Peringkat Tinggi

2018-04-26 15:00:48  CRI
Share with:

Presiden Myanmar, Win Myint dan Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi ditemui Pengarah Pejabat Perhubungan Antarabangsa, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Song Tao di Naypyidaw.

Dalam pertemuan dua hari bermula kelmarin, Song Tao menyatakan China menghargai persahabatan dengan Myanmar dan bersedia mempertingkat penyelarasan strategi pembangunan dan hubungan parti politik, agar mengukuhkan ikatan kedua-dua negara.

图片默认标题_fororder_2.JPG

Win Myint menyahut ujaran beliau itu, sambil berkata Myanmar mahu mempererat hubungan peringkat tinggi dan memperkasakan kerjasama pragmatik.

图片默认标题_fororder_1

Aung San Suu Kyi turut mengucapkan terima kasih atas sokongan China dalam proses perdamaian dan pembangunan sosioekonomi Myanmar.

高蕾