Reputasi Kereta China Makin Baik

2018-04-26 14:51:26  CRI
Share with:

Pameran Automotif Antarabangsa Beijing ke-15 membuka tirai semalam dengan penglibatan lebih 1,200 pempamer dari 14 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Kereta buatan China menjadi tumpuan umum dalam pameran yang dijadualkan berlangsung selama sepuluh hari itu.

Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Automobil Triesenburg Filipina, Valentino De Leon menyatakan bahawa kereta buatan China bukan sahaja mempunyai reputasi dan rekod jualan yang baik dalam pasaran Filipina, tetapi juga dalam pasaran global.

Kata beliau, industri pembuatan kereta China mencapai kemajuan yang besar dalam beberapa tahun lalu. Menurut dapatan tinjauan oleh JD Power, firma penyelidikan pasaran yang berpangkalan di AS, kadar kerosakan kereta buatan China telah menurun dengan amat ketara.

Tambah beliau, pihaknya telah memilih pengeluar kereta China, JAC sebagai rakan kerjasama kerana produk mereka amat berkualiti, dengan harga yang berpatutan.

Triesenburg kini ejen jualan rasmi JAC di Filipina.

张哲