Sidang Kemuncak ASEAN ke-32 di Singapura

2018-04-26 13:30:13  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak ASEAN ke-32 serta siri mesyuarat berkenaan dirasmikan di Singapura semalam.

Dalam tempoh sidang kemuncak yang berlangsung pada 25 hingga 27 April ini, pemimpin dan wakil dari sepuluh negara anggota ASEAN akan bersama-sama membincangkan isu-isu, seperti menggalakkan pembangunan yang dipacu inovasi, membina rangkaian bandar raya pintar serta memperkasakan kerjasama dalam sektor keselamatan siber.

Selaku negara pengerusi bergilir ASEAN tahun ini, Singapura melalui kenyataan Kementerian Luarnya berkata, cabaran dan peluang yang dihadapi serta situasi serantau dan antarabangsa turut menjadi tumpuan sidang kemuncak yang bertema "bersatu padu demi inovasi dan reformasi" ini.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan mempengerusikan majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-32 yang dijadualkan pada 28 April. Pada hari itu, para hadirin juga akan menghadiri Sidang kemuncak ke-11 kawasan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT).

周乔西