Mantan Ketua DPR Indonesia Dihukum Penjara 15 Tahun

2018-04-27 14:02:19  CRI
Share with:

Mantan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Setya Novanto dijatuhi hukuman penjara 15 tahun kerana didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan mengejar kekayaan secara haram.

Novanto turut dilarang menyandang jawatan kerajaan dalam tempoh lima tahun selepas dibebaskan dari penjara.

Tempoh hukuman penjara berkenaan juga akan dilanjutkan selama dua tahun sekiranya Novanto gagal membayar denda kira-kira USD7.4 juta (RM29 juta).

Kes Novanto melibatkan tuduhan rasuah berkaitan pembelian kad pengenalan elektronik. Lebih 80 orang terbabit dalam skandal tersebut, antaranya dua pegawai Kementerian Dalam Negeri masing-masing dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tujuh tahun.

Menurut siasatan pendakwa, Novanto didapati mengganggu penetapan jumlah belanjawan untuk projek kad pengenalan elektronik dan menerima wang rasuah berjumlah USD7.3 juta (RM28.6 juta) serta sebuah jam tangan bernilai lebih USD100 ribu (RM392 ribu).

张哲